Monday, August 31, 2009

PENUBUHAN PSSGM DI UPSI

Silat Seni Gayong telah mula berada di Maktab Perguruan Sultan Idris sejak tahun 1978 lagi. Pada masa itu, Silat Seni Gayong belum bergerak secara rasmi dan hanya bergerak secara kelompok kecil sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar. Selepas itu, Silat Seni Gayong telah berhenti beberapa ketika akibat ketiadaan tenaga pengajar. Pada awal tahun 1998, usaha untuk menjadikan Silat Seni Silat Seni Gayong sebagai sebuah persatuan berdaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dimulakan oleh En Nor Azman Bin Abd Aziz, guru bahasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang TESL pada ketika itu. Beliau telah dicabar oleh Naib Cancelor pada ketika itu, Dr. Ashaari bin Che Mat untuk membuktikan kemampuan beliau menubuhkan Silat Seni Gayong Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar. Bermula sebagai sebuah kelab, dengan pendaftaran pertama pelajar seramai 7 orang lelaki sahaja, beliau telah bekerja keras bagi memastikan Silat Seni Gayong terus berkembang di UPSI. Dengan semangat yang cekal, akhirnya pada akhir tahun 1998, Silat Seni Gayong telah diterima sebagai sebuah persatuan yang berdaftar di UPSI. Pada tahun 1999, Silat Seni Gayong telah melangkah setapak ke hadapan apabila diterima sebagai kokurikulum pertama di UPSI.

Gurulatih utama bagi PSSGM UPSI adalah En. Nor Azman sendiri dan dibantu oleh En. Khalid Bin Saedon. Selain daripada menerima pelajar UPSI sebagai ahli, persatuan ini turut disertai oleh penduduk di sekitar Tg. Malim dan juga pelajar Politeknik Tg. Malim.

No comments:

Post a Comment